Rabu, Mac 17

Salam Buat Semua

Negeri Sarawak,kaya dengan alam keindahan semulajadinya.Tidak kira dimana tempatnya.Bagi mereka yang menggemari aktiviti-aktiviti luar,semuanya ada disini.Bagi mereka yang menggemari aneka jenis makanan pula,disinilah tempatnya.

Salah satu tarikan utamanya ialah Ikan Terubuk Masin Sarawak.Ianya amat popular terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali datang ke Sarawak.Cakap apa saja, tetapi selagi anda tidak merasainya keenakanya sendiri,jom dapatkan nya disini.

“Ikan Terubuk Masin” adalah salah satu daripada makanan yang digemari oleh kalangan ramai terutamanya di Sarawak.Rasa Ikan Terubuk Masin memang lain daripada yang lain.Jikalau cara masakan kene dengan ramuannya …Mesti anda nak tambah nasi.tambah nasi dan tambah nasi lagi...

Cuba anda bayangkan mahupun renungkan seketika..Ikan Terubuk Masin mengandungi lemak laut yang berprotin tinggi dan dicecah dengan asam pedas atau sambal asam mahupun digaul bersama nasi..mm...belum cuba belum tahu rasanya..

Selasa, Julai 21

Info Ikan Terubuk Masin.

Info Ikan Terubuk Masin.


TERUBUK di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang dan berat di bawah 600 gram.


Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.



Jantina Ikan Terubuk Masin.


Jantina terubuk di luar negara contohnya di Indonesia, India, Thailand, Bangladesh, Burma, Pakistan dan Kuwait dapat dipastikan sejak dari kecil.



Di Sarawak ada dua jenis terubuk iaitu terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk. Manakala terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.


Terubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.


Perbezaan Ikan Terubuk Masin.


Perbezaan antara terubuk Sarawak dengan terubuk import, ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang.


Berbanding ikan lain di pasaran, terubuk Sarawak segar memang popular dan mempunyai permintaan tinggi disebabkan keenakan isi dan telurnya lebih-lebih lagi jika dipanggang sebelum dicicah asam limau kasturi yang dicampur cili, bawang merah dan kicap manis.


Manakala terubuk masin sedap digoreng dan dimakan dengan perahan limau kasturi dan cili padi serta berkuahkan dal.


Bagaimanapun, popularitinya secara tidak langsung mengancam pembiakannya apabila berlaku kegiatan perikanan tidak terkawal disebabkan permintaan tinggi terhadapnya terutama yang bertelur, selain kegiatan pembangunan di kawasan pembiakanya.

Keratan Akhbar Berkenaan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Ikan Terubuk.

Keratan Akhbar Berkenaan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Ikan Terubuk.

Tuesday, July 21, 2009 8:48 AM



Keratan Akhbar 1


MALUDAM: Kebimbangan nelayan akan kepupusan spesies ikan terubuk yang sinonim dengan negeri ini, mendapat perhatian serius apabila kementerian yang bertanggungjawab mencadangkan supaya kajian proses membiak dan menyimpan benih ikan itu dijalankan segera.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Rohani Karim berkata, sebelum ini kajian terhadap spesies ikan unik itu telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian di Lingga, Sri Aman tetapi kurang berjaya.


Ini kerana katanya, penyelidikan sukar dilakukan memandangkan ikan terubuk yang hanya boleh membiak di habitat semula jadi itu tidak sesuai diternak dalam sangkar atau kolam.

“Menyedari kemungkinan berlaku kepupusan spesies ikan terubuk negeri ini, maka Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) diharap dapat membuat kajian mengenai proses untuk membiak benih dan cara menyimpan benih dalam balang khas untuk kegunaan masa depan.


“Ia tidak mustahil kerana saintis JPM telah berjaya membuat penemuan baru bagi menyelamatkan dua spesies ikan air tawar yang hampir pupus iaitu temoleh dan kelah dengan cara menyimpan benih ikan-ikan ini dalam balang khas,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas merasmikan Pesta Maludam 2009 anjuran bersama Pejabat Daerah Betong dan Pejabat Daerah Kecil Maludam di Kampung Maludam, Pusa, semalam.


Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar memberitahu, penemuan terbaru itu membolehkan benih-benih ikan terutama daripada spesies terancam dapat disimpan dalam balang cyro di bawah suhu beku.


“Kajian juga dibuat untuk menghasilkan benih-benih ikan terancam melalui pengambilan sperma daripada ikan jantan demi memastikan keturunan ikan tidak pupus,” jelasnya.


Dalam pada itu, beliau diberi tanggungjawab untuk memperkasakan lagi sektor perikanan negara ini atas arahan ‘bos baru’ kementeriannya, Datuk Noh Omar.


“Saya memilih untuk memberi perhatian khusus dalam sektor perikanan kerana potensi maju bidang ini di Sara-wak, apatah lagi kita dianugerahkan dengan kekayaan hasil laut serta kemudahan canggih di Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis,” katanya sambil menambah, Datuk Noh fokus kepada sektor pertanian dan Datuk Johari Baharum, penternakan.


Bagaimanapun, pemilihan lebih memfokuskan pembangunan sektor perikanan ia tidak bermakna beliau mengabaikan sektor pertanian dan penternakan di Sarawak.


Pesta Maludam 2009 yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri itu turut menyaksikan penyerahan geran peruntukan kira-kira RM100,000 termasuk bantuan berupa mesin jahit dan mi serta racun rumput kepada beberapa sekolah dan kampung sekitar daerah kecil Maludam.


Hadir sama, Timbalan Residen Betong Pathi Kerni, Pemangku Pegawai Daerah Betong Friday Belik, SAO Maludam Baijuri Hisham Spawi dan Penghulu Kampung Maludam Awang Karim Awang Amit.


Keratan Akhbar 2

Kaedah 'beku sperma' dikaji elak terubuk Sarawak pupus.


MELUDAM (SARAWAK) 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia untuk membuat kajian ke atas sperma ikan terubuk Sarawak ataupun nama saintifiknya, Tenualosa Toli yang kini dilaporkan semakin diancam kepupusan.


Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata, selepas kejayaan penyelidikan ke atas sperma ikan air tawar seperti kelah di Sungai Pahang dan temoleh di Sungai Perak, kini tumpuan akan diberikan kepada ikan terubuk di Batang Lupar, Sarawak.


''Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar di Negeri Sembilan baru-baru ini telah berjaya membuat satu penemuan baru dalam kajian mereka iaitu berjaya membekukan sperma ikan kelah dan temoleh yang mungkin mampu disimpan untuk tempoh beratus tahun,'' katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pesta Meludam 2009 di sini semalam.


Rohani berkata, ketika ini spesies ikan terubuk di negeri ini dikatakan semakin pupus akibat aktiviti penangkapan ikan terubuk yang tidak terkawal dan kaedah tradisional.


Katanya, harga ikan terubuk dan telurnya yang tinggi di pasaran telah menarik minat ramai nelayan untuk menangkap ikan tersebut walaupun ketika ia sedang bertelur.


Tambahnya, sebelum ini Jabatan Pertanian Sarawak telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan ikan terubuk Sarawak tidak pupus, antaranya melarang nelayan menangkap ikan terubuk ketika musim ia bertelur.


''Ikan terubuk hanya mampu membiak dalam persekitaran liar dan bukannya dalam kolam,'' katanya.


Ikan terubuk Sarawak terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah juga mendapat permintaan yang tinggi di Semenanjung dengan harga sekitar RM15 hingga RM30 sekilogram untuk yang masih mentah manakala terubuk masin pula dijual sekitar RM10 hingga RM20 seekor bergantung kepada saiz.


Sementara itu, Rohani yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau akan memberi tumpuan terhadap pembangunan nelayan dengan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Noh Omar menumpukan kepada pembangunan petani manakala pembangunan penternak dikendalikan seorang lagi timbalan menteri, Datuk Johari Baharom. – BERNAMA

Ikan Terubuk Masin.Apa Yang Boleh Anda Buat Denganya.

1. Ikan Terubuk Bakar/Panggang.

2. Kerabu Ikan Terubuk.

3. Ikan Terubuk Goreng.

4. Ikan Terubuk Masak Asam Pedas.

5. Ikan Terubuk Masak Lemak Cili Api.

6. Ikan Terubuk Kukus/Stim.

Komen Dari Pembeli

Komen 1.

Terubuk Panggang dan Masak Lemak Cili Padi,salah satu masakan kegemaran saya.Untuk mendapatkanya payah sedikit,sehinggalah saya terjumpa dengan blog ini.Untuk mendapatkanya senang sahaja cuma buat panggilan.Tak sampai satu mingu,dah sampai pun.

Encik Karim,Muar,Johor Bharu.

Komen 2

Ikan yang dihantar segar-segar belaka,sehinggakan dalam satu bulan keluarga saya memesan sehingga 5-6 ekor .Resepi Kerabu Terubuk Masin dan juga masak lemak cili padi sering kali menjadi juadah pembuka selera.Terima kasih Encik Yunus kerana telah memudahkan urusan keluarga kami untuk mendapatkan terubuk ini.

Cikgu Norlia,Petaling Jaya,Selangor.

Komen 3

Masa hari terakhir kursus di Sarawak 2 minggu yang lepas,saya dan kawan 2 bergegas untuk pergi ke suatu tempat.Rupanya-rupanya diajak seorang kawan pergi ke pasar satok untuk mendapatkan ikan terubuk masin ini.Dulu semasa hendak mendapatkanya terpaksa meminta bantuan kawan untuk mengirimnya.Tetapi tidak kini,atas bantuan saudara Yunus,saya semakin mudah untuk mendapatkanya.Dan kini saya bercadang untuk membukan sebuah kedai makanan kerana banyak sambutan dan mudah untuk mendapat bekalan terubuk.

Hj Yusoff (Peg.Kerajaan),Alor Setar,Kedah.

Komen 4

Dulu senang untuk mendapatkanya,tetapi setelah saya terjumpa blog ini semakin mudah untuk saya mendapatkanya.Siapa sangka,atas bantuan Encik Yunus dengan ikan terubuk ini saya juga boleh buat duit disini.

Michael (Pekerja Swasta),Kota Kinabalu,Sabah.

Bagaimana Untuk Mendapatkanya..

Bagaimana Untuk Mendapatkanya..


Kepada anda yang ingin merasai sendiri keenakan ikan terubuk masin Sarawak.. anda boleh dapatkanya disini Hubungi saya segera untuk maklumat lebih lanjut lagi..


Cara Tempahan;


1. 3 Ekor (Berat Sekitar 300g-500g)-RM 25.00


2. 3 Ekor Berat Sekitar 550g-650g)-RM 35.00


3. 3 Ekor (700g keatas)-RM 45.00


Untuk makluman juga kos penghantaran tersebut ialah sebanyak RM 15.00.Pihak kami akan memastikan kesemua pesanan tersebut dihantar kurang dari 4-5 hari.


Pastikan anda menghantar maklumat yang lengkap untuk memudahkan

pihak kami menghantar ikan tersebut ke alamat yang betul. Bagi mereka yang menginginkan bilangan dalam jumlah yang banyak,harga boleh dirunding.


Sekiranya ada ingin membuat tempahan hubungi saya ataupun tinggalkan pesanan ke 016-861 8926 ataupun email ke seleraikanterubuk@gmail.com dengan mengisi maklumat-maklumat berikut;


Nama Penuh :

Alamat Surat Menyurat :

No Telefon:

Emel :

Pilihan Anda:


Bank in ke mana-mana akaun berikut atas Nama Muhammad Yunusasri Bin Morshidi.


• CIMB Bank :1113*0014662*52*8

• BSN :13119*29*00002668*5

• Bank Rakyat :22*102*10191*9

• RHB : 1*11119*5005550*7


No. Transaksi Bank:


Masa Bayaran:


Tarikh Bayaran:


Alamat-Email Anda: